Friday, March 22, 2013

Umrah 2013 - catatan kisah wheelchair


Minggu lepas 14 March 2013 kami telah selamat kembali dari menunaikan Umrah selama 13 hari.


Pertama kali kami menunaikan umrah pada tahun 2002, bersama mak & seorang anak saudara perempuan.



Umrah pada kali ini memang banyak cabaran sebab kami turut membawa ahli keluarga seramai 8 orang. Hanya 2 orang dari mereka yg pernah ke tanah suci, jadi yg lain2 tu kali pertama. Dalam kumpulan kami juga ada 3 orang warga emas yang memerlukan bantuan kerusi roda - seorang umur 60+ dan 2 orang 80+.


Bantuan Wheelchair utk warga emas di Airport
Dari KLIA telah mula menggunakan W/chair utk melancarkan pergerakan. 
Saya memang dah mentally prepared sebab sedari awal telah maklum tugas saya adalah menjaga ibu mertua tiri yg berumur 80+. Seorang lagi kakak ipar (60+) pula di jaga oleh anaknya sendiri, manakala suaminya pula umur 80+ dijaga oleh suami saya.

Mereka ini bukanlah tidak boleh berjalan cumanya ada ketika memang memerlukan bantuan wheelchair untuk kemudahan mereka dan juga untuk melancarkan pergerakan kumpulan. 


Kami ada membawa sebuah wheelchair ringan (6kg, foldable) utk kegunaan di tanah suci, namun ianya perlu 'check-in', jadi di airport kami buat permohonan wheelchair dari KLIA. Pihak mereka yang menolak wheelchair sehingga ke pintu kapalterbang, saya hanya perlu iring saja. 



Yang paling best jadi penjaga warga emas ni, setiap kali nak boarding mesti kami dapat masuk dulu...kan mudah tu...


Dah selamat masuk kapalterbang (Etihad) - aman sebab dapat priority


Dibawah ini gambar kemudahan untuk bawa wheelchair ke pesawat semasa kami dari Jeddah (balik ke M'sia). Pihak Etihad ada satu macam 'lifter' yang boleh memuatkan 2 wheelchair disitu dan lifter ni naik ke atas dan kita tolak wheelchair masuk dalam 'container'.

'Container' ni boleh memuatkan 4 wheelchair pada satu masa. Selepas penuh muatan 4 wheelchair, container itu pula akan digerakkan naik menyamai dengan paras muka pintu kapal terbang.


Bila kita telah buat arrangement dari awal disetiap penerbangan untuk bantuan wheelchair, setiap kali mendarat memang akan ada assistants siap menunggu dimuka pintu kabin.



Bagi perjalanan umrah ini, kami transit pergi & balik di Abu Dhabi. Jadi alhamdulillah segalanya mudah dengan arrangement yang telah dibuat.


Menggunakan wheelchair di Madinah & Makkah
Semasa di Madinah, sangat mudah untuk kami guna wheelchair dari hotel ke Masjid sebab jalannya yang rata, berturap dan dekat dengan masjid.


Hotel Waseel sangat dekat dengan Masjid Nabawi
Di Masjid Nabawi adakalanya kami tolak wheelchair hingga ke dalam, itu kalau pergi masjid awallah....tapi kalau dah lambat kat luar ajelah sebab nak masuk dengan wheelchair nak cari tempat nak 'parking' payah skit kan...

Namun keadaan berubah 360 degree di Makkah.

Untuk umrah wajib, kami mengupah orang untuk urusan mereka yg ber wheelchair ni untuk selesaikan Umrah Wajib mereka - upahnya 300SR, seorang untuk tawaf & saie.

Sewaktu mereka diuruskan oleh orang upahan utk umrah, kami tidak ikut sebaliknya kami (penjaga), selesaikan Umrah Wajib kami. Maknanya kami lepaskan mereka sepenuhnya kepada orang upahan (orang patani) dan selepas selesai mereka terus dihantar balik ke hotel. Arrangement ini dibuat oleh pihak agensi Umrah Gemilang Travel

Di Makkah, hotel kami terletak di Misfalah bersempadan dengan Kuday, lebih kurang 5km ke masjid. Bagi kemudahan jemaah disediakan coaster shuttle ke masjid pada setiap waktu ke masjid. 

Namun oleh kerana tempat turun ke Masjidil Haram (dekat dengan Hotal Elaf Ajyad) jalannya sangat berdebu, tidak berapa rata dan hampir dengan construction site...dan perlu berjalan lebihkurang 300meter lagi kami sudah tidak mampu untuk menolak mereka yang wheelchair ke masjid lagi.

Jadi sedikit menyedihkan juga kerana mereka hanya dapat pergi Masjidil Haram sekali sahaja iaitu sewaktu menunaikan Umrah Wajib saja...tawaf wida' pun tidak sebab menurut ustazah bagi mereka boleh dikecualikan kerana keadaan tidak mengizinkan.

Lagi beberapa hari sebelum kami pulang ke M'sia, pihak Gemilang Travel telah berjaya mendapat kelulusan dari pihak pengurusan 'tunnel' dibawah Makkah Royal Clock Tower untuk menggunakan tunnel itu menurunkan para jemaah Gemilang Travel disitu untuk ke Masjidil Haram. 


Laluan dari sini ke masjid memang sangat dekat, kerana kita akan keluar betul2 dihadapan bangunan Safa Tower berdepan dengan Pintu 1 King Abdul Aziz.

Tetapi untuk warga emas tidak juga sesuai sebab perlu menaiki tangga yang agak tinggi.

Ngantuk & keletihan menunggu bas untuk bertolak balik ke M'sia....



No comments:

Post a Comment